Lawak2

Jin Cerek Ajaib
Seorang pemuda yang sedang terdesak di padang pasir yang panas terik, menginginkan sebuah rumah untuknya berteduh. Tetiba lak terjumper satu cerek, (lampu ajaib la konon). Nak dijadikan cerita, bermula la dialog antara dua makhluk tuh.

pemuda 2 pun gosok la cerek 2…
(tetiba kuar asap bekepul2 dari cerek tuh).....



JIN:ei!! ape gosok2 nih!! geli taw!!
pemuda : ek’eleh..kan slalu cengitu.
jin : aku jin beriman lar.kasi la salam
Pemuda : assalamualaikum jin
jin : walaikumsalam.ha mcmtu la.So,ko nak aper nih?cepat sket,aku tgh main psp ni
Pemuda : aku nak sebuah rumah.
JIN : Hampeh ko! aku pun tinggal kat dalam cerek,ko senang2 je nak mintak rumah.tendang kang,padan muke ngko.



Menantu Yang Luarbiasa

Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nieboleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya.Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollahbukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamatini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi,berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar jejawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikitkeluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepaskenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuktidurnya.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyaktidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumahuntuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minahpun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dekkerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan PakHaji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka,Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahlikeluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlahsolat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak HajiDollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, “Hai Mat kenapa solatsubuh tiga rakaat?” lantas Si Mamat Jawab “eh.. ia ke? tiga rakaat?rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi…”

Masya Allah..mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengangelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh!Kantoi..kantoi…



Menantu Yang Sengal

Ada satu famili. Satu hari sedang menantu lelaki tengok TV, bapa mertua lalu di depan. Tiba-tiba bapa mertua rebah sambil

memegang dada. Apa lagi, kelam-kabutlah si menantu. Isterinya dan emak mertuanya pun menerkam ke arah bapa mertua sambil

pegang-pegang dada bapa mertua. Bapa mertua tak bergerak, senyap saja. Bertambahlah gabra semua

yang melihatnya. Emak mertua menyuruh menantu mengajar bapa mertua, yang di atas ribanya itu mengucap. Dia gabra, sampai

isterinya pun tolak-tolak bahunya suruh cepat lakukan. Emak mertuanya ulangi lagi suruh dia ajar mengucap.

Dalam gabra itu, dia pun dekatkan mulutnya ke telinga bapa mertua sambil berkata: “Ma Rabbuka! (Siapa Tuhan kamu!)..” Kuat juga dia sebut, hingga terkejut emak mertua bila mendengarnya. Tiba-tiba bapa mertua tersedar dan terus berkata: “Bila masa kaujadi malaikat ni? Aku belum mati lagi la..”



Baju Cinta
Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu tanpa seurat benangpun dibadannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

“saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja!”.
“tapi kau telanjang !!!???” marah si nenek .
“ini BAJU CINTA saya” balas si cucu perempuannya
“BAJU CINTA ??” si nenek kehairanan
“ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek” pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami. di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur. sesampai di rumah, si nenek tadi menanggalkan semua pakaiannya, mandi,berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang.

Berberapa ketika si atok tadi pulang, sebaik saja pintu di buka si atok mendapati si nenek bogel kat depan pintu.

“kenapa dengan kau nie … buang tebiat???” marah si atok tadi.
“ini lah BAJU CINTA bang” kata si nenek tadi.
“BAJU CINTA???……kalau iye pun iron la dulu baju tu”

0 comments: