Iklan Termahal di Dunia

Betulkan bacaan anda

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,bila cacat bacaan nya, maka cacat dan rosaklah solat itu.
Oleh itu cuba lah perbaiki bacaan Al-Fatihah dengan ilmu tajwid.
Bukan hanya bacaan dan solat yang rosak…malahan kita menyebut nama syaitan semasa mengerjakan solat.

Nama nama syaitan yang diperkatakan ialah :-
1. DU LI LAH
2. HIR ROB
3. KIY YAU
4. KAN NAK
5. KAN NAS
6. I YA (Jika salah bacaan nya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan" )

7. SIROTHOLLAZI......sehingga habis ayat (hendaklah dibaca tanpa henti)

8. AMIN.........bacalah dengan betul AA (dua harakat) .........MINNN (3 harakat)....semoga Amin bersamaaan dengan Amin malaikat.

10 Keburukan Coke...Cubalah! !!

Cubalah dan buktikan secara saintifik.


Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian
santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/so di USA dan Britain
serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan
2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku
kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team.. Cuba
tanya Plus Ronda atau Lebuhraya, adakah mereka guna?
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :
____________ _________ _________ _________ _______

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau
hilang sama sekali dalam masa 2 hari... Elok untuk yang berniaga sup tulang!
____________ _________ _________ _________ _______

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan
selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari
tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke.. Satu bahan gantian untuk
mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
____________ _________ _________ _________ _______

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap
bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat
hilang!
____________ _________ _________ _________ _______

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri
kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
____________ _________ _________ _________ _______

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang
setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
____________ _________ _________ _________ _______

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin
Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
____________ _________ _________ _________ _______

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan
lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di
Yawata tu kerana ianya amat mahal!
____________ _________ _________ _________ _______

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh
meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka
ni!

Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain
dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori
yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran
"Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya"... Lori tangki itu juga
diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. .
Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian
enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh....mesti buat overhaul ni!
____________ _________ _________ _________ _______

9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh
kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi
tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.
Wahh!
Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap
lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak
berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.

Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam
mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu
hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!

Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda
minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
____________ _________ _________ _________ _______

10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya,
para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.
Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh
serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!
____________ _________ _________ _________ _______
____________ _________ _________ _________ _______

Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada
Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci
cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga
dll.

Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan
cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh
cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia
dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Aurat wanita menurut Al-Quran dan Hadis

1. Bulu kening
-Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
-"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
-"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada
-"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

5. Gigi
-'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani)
-"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan
-"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata
-"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara)
-"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan
-"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31).
-"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar).
-"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian
-"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
-"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).

12. Rambut
-"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sekitar Majlis Perkahwinan Hisham




Pada 13 Jun yang lalu anak saudara aku, Hisham telah melangsungkan perkahwinannya di Felda Bukit Easter. Apa yang menarik ialah cara mereka memasak nasi. Baru pertama kali aku lihat kukus gergasi. Anda pernah tengok?

Selamat Hari lahir Amirul ke-14 tahun




Moga anakku yg baikkk sangat ni..akan bertambah matang.

Anak kucing




23 Mac yang lalu, kucing aku si kembang telah selamat bersalin melahirkan anak. Aku namakan dia Abu, Chot dan Tot. Abu kepunyaan isteri aku, Chot aku punya dan Tot anak aku yang punya.

Panasssss

Dah hampir 2 bulan aku tak update blog ni sebab tak de masa. Kalau nak cerita ada pelbagai cerita yg nak aku ceritakan. Tapi entahlah...agaknya disebabkan cuaca aku jadi mals kot...hehhehe