Tiada rezeki nampaknya..

Bulan Januari 2009..penuh dengan pelbagai peristiwa. Isteriku keguguran.Nampaknya hajat Aleef dan anak-anakku yang lain untuk mendapat adik baru tidak kesampaian.Aku juga tak hadir ke sekolah pada hari pertama persekolahan kerana menghantar isteriku ke hospital.Layanan pihak hospital besar amat mengecewakan. Hampir setengah jam isteriku dibiarkan tanpa dirawat oleh doktor dengan alasan semua doktor di bahagian kecemasan sedang bermesyuarat. Sayu aku tengok isteriku yang menahan kesakitan dan dan darah banyak mengalir dari celah-celah kerusi roda yang didudukinya. Setelah aku bising-bising dengan kakitangan di situ barulah seorang doktor datang melihat keadaan isteriku. Agaknya kalau ada yang sakit jantung, tentu dah mati di situ juga. Di sekolah pula pengetua langsung tak menunjukkan simpati. Aku nak ambil isteri di hospital pun tak dibenarkan dengan alasan ada mesyuarat.