Raja Sehari




Tanggal 21hb yang lalu, Pak Mat telah melangsungkan perkahwinannya dengan gadis pilihannya, Khamalia. Moga jodohnya berkekalan hingga ke akhir hayat.

Keputusan PMR 2008

Hari ini hari yang begitu menggembirakan buat aku. Apa taknya..Fatin dapat 8A..begitu juga dengan pelajar-pelajar 3 Cempaka dan 3 Dahlia yang cemerlang dalam Bahasa Melayu. Terlonjak-lonjak, menjerit-jerit dan menangis pun ada. 20 orang dapat 8A.Fatin sengih memanjang sampai ke telinga..uhuhuhuh..Gambar menyusul kemudian..

Gambar Kenduri Nasi Ambeng




Nasi Ambeng Kenduri Haji

Bulan 12 ni bapa dan ibu mentua balik dari Mekah.Ceria sungguh dia orang berdua. Aku tak dapat sambut mereka di LTS sebab sibuk dengan penandaan kertas. Nasib baik aku sempat balik kenduri nasi ambeng kegemaran aku. Nak tau apa dia nasi ambeng? Nilah dia...

RumahMu SyurgaMu






Ini umah adikku yang dalam pembinaan..Dia kat Sabah..

Bulan Oktober dan November yang begitu sibuk






Lama aku tidak menulis. Bukan apa..sibuk sangat dengan tugas. Kali ni aku nak kongsi gambar-gambar semasa hari raya yang lepas.

Mengedit Gambar






Gembira betul aku dapat belajar perkara baru..Ini contoh apa yang dapat aku hasilkan..

Selamat Berpuasa

Kesian aku tengok Aleef...baru nak belajar puasa. Tapi aku kagum dengan semangat dia..Masuk hari ni dah 5 hari dia berpuasa tanpa henti. Lega rasanya budak baru 6 tahun sudah boleh berpuasa..

Pesan Roh Kepada Manusia

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :"Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.


Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya" . Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.


Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: " Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku" . "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".


Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: "Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku".


Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.


Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."


Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S. "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.


Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.


Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan. " Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majl! i! s ilmu." Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud:"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah da! n cintanya kepada AllahS..W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah m ulut dengan tenang.



Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-



1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.


2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.


3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.


4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.


5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.


6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.


7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."



Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-



1. Orang-orang yang mati syahid.


2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.


3. Orang berpuasa di hari Arafah.



Sekian untuk ingatan kita bersama.


Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Ayat-ayat Al- Quran Untuk Amalan

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh

Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar

Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran

Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah

Surah Toha ayat 1-5

Supaya Suami tak kawin lain

Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil

Ayat pendinding

Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam

Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah

Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah

16 Tahun Tak Dengar Berita

Sabtu lepas aku benar2 gembira. Sahabat lama semasa di MPKI dah dapat aku hubungi. Anda tahu caranya? Aku pun tak terfikir selama ini..Aku hanya telefon 103 dan minta tolong operator carikan nombor sahabat aku ni dengan memberikan nama penuhnya. Nasib aku baik. Dari beribu2 orang di Perak tu, hanya seorang sahaja yang ada nama Azli bin Mohd Nasir. Kau orang patut cuba cara ni kalau nak cari kawan atau saudara yang terpisah. Apa tunggu lagi?

Tanda-Tanda PC anda dijangkiti Virus

Berikut adalah antara simptom komputer yang dijangkiti virus :

1. Komputer Menjadi Perlahan.
Pada kebiasannya, komputer yang dijangkiti virus akan menjadi perlahan kerana virus sedang
berjalan seiring dengan sistem pengoperasian dan ia berada di dalam ingatan komputer.
Disamping itu, komputer anda juga menjadi perlahan kerana virus sedang melakukan tugas kotornya
seperti mengganggu komputer anda dari berfungsi seperti sepatutnya.

2. Registry Editor Tidak Boleh Dibuka.
Registry editor digunakan untuk mengubah penetapan di dalam komputer anda.
Dengan menggunakan registry, anda boleh menghalang sesiapa untuk memasuki rangkaian komputer anda,
mengubah polisi dan sebagainya. Task Manager Tidak Boleh Dibuka. Task manager biasanya digunakan untuk
melihat perisian atau tugasan yang sedang dijalankan oleh komputer. Virus akan mematikan fungsi task manager
supaya anda tidak boleh melihat proses yang sedang virus lakukan.

3. Folder Option Hilang.
Folder option digunakan untuk melihat atau menetapkan sifat sesuatu fail.
Virus boleh menghilangkan diri mereka dan tidak membenarkan anda untuk
melihat mereka dengan cara menghilangkan fungsi folder option.

4. Proses Start Up Menjadi Perlahan.
Proses start up adalah proses yang dijalankan setiap kali komputer anda dihidupkan.
Semakin banyak proses yang perlu dijalankan, semakin perlahan komputer anda.
Kebiasaanya komputer mengambil kesempatan dengan menjalankan kod virus pada setiap kami proses start up.

5. Sesetengah Perisian Komputer Tidak Boleh Dipasang.
Terdapat sesetengah virus yang akan menghalang anda daripada memasang perisian baru.
Contohnya virus yang menghalang anda dari memasang perisian antivirus.

6.Tidak Boleh Mencetak Dokumen.
Terdapat virus yang mengawal fungsi pencetak dengan mematikan fungsi cetak.
Ini menyebabkan anda gagal untuk mencetak sebarang dokumen.

7. Internet Explorer Dipenuhi Laman Web Lucah.
Pelayar internet explorer anda tidak dapat dikawal seperti pop up yang banyak dan laman web yang tidak dikehendaki.

8. Kawan Anda Mengadu Anda Sering Menghantar Virus.
Program email anda telah dijangkiti dan virus menggunakan address book anda untuk menghantar salinan
fail yang mengandungi virus kepada semua rakan-rakan anda.

Sehari di Taman Rama-rama Melaka











Nampaknya Aleef tak berputus asa apabila tidak dapat ke zoo tempoh hari. Hari-hari dia memujuk isteriku pergi ke Taman Rama-rama sebagai ganti. Akhirnya impian dia aku tunaikan tadi. Walaupun penat tapi berbaloi bila aku tengok senyuman di bibirnya.

Mengapa Perlu Ada Kebencian??

Lina, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari...

Oleh itu, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing.

Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

'Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya' beritahu Cikgu Lina.Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk.Kanak- kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk.
Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu,pagi- pagilagi murid-murid Lina sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

'Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?' tanya Cikgu Lina.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk .

'Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati.Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu
simpan kebencian sepanjang hidup kamu' beritahu Cikgu Lina.
Lina mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik.

"Menyayangi lebih baik daripada membenci.."


PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA
Jauhi perasaan hasrat dengki,menjadi batu api kepada org lain.selalu mengadu² & menbuat fitnah. Kerana KAMU akan sentiasa dipandang hina.hidup KAMU tidak akan bahagia. Dan jgn lupa sesungguhnya Allah sentiasa melihat & mendgr.. dan Allah tahu apa yg sbenarnya belaku, walaupun KAMU mengatakan ia tidak, nescaya Allah itu maha mengetahui.. ..
INGATLAH SESUNGGUHNYA DOA ORG TERANIAYA SELALU NYA TERMAKBUL..
Allahualam .. amin

Maktab Kinta 87/89

Untuk kawan-kawan yang masih mengenali diri ini, aku ingin ucapkan aku rindu kalian semua. Terutama kepada Kak Pah(Sharifah Masron) Azli Mohd Nasir, Pak Ya(Zakaria Ahmad) dan lain-lain. Camne agaknya kalian?? Tentu sudah mempunyai anak yang ramai..Kalau masih ingat kepada aku (Tok Ali) jangan lupa send email k.

Selamat Tinggal Pn Maimon - Jasamu Dikenang






8 Julai 2008 - Pengetua sekolah aku bersara daripada perkhidmatan kerajaan pada usia 55 tahun. Walaupun cuma seketika di sini, tetapi sumbangannya kepada sekolah amat bermakna. Ada yang suka, ada yang tidak. Mana boleh nak memuaskan hati semua orangkan??? Termasuklah aku..hhehehe..

Jamuan akhir tahun koop dan perpisahan 2008







Makanan terlalu banyak..Puas dia org makan. Tapi aku tengok si Afiq relaks je abis 4 bungkus nasi lemak..Sian Nuar tak dapat makan lagi tahun ni. Tapi dia dapat APC tak pela.

Laporan ADAB

Hari ni sekolah aku mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa pelajar. Ada yang memberikan respons yang baik kepada cadangan2 yang dikemukakan guru. Ada juga yang terus menyerang guru. Tapi aku tabik pada guru2 yang sabar melayan karenah ibu bapa...dan juga kepada ibu bapa ug sanggup ambil cuti demi anak2 mereka.

Rahsia Nama

Sekadar panduan mengenal diri dan mengenal pasangan anda, baik dia suami, isteri, boyfriend mahupun girlfriend. Seelok-eloknya ambil pen dan cuba gabungkan huruf-huruf berkenaan dan buat definisi sendiri. Ingat, tak wajib betul harus salah, sekadar nak mengenal siapakah dia yang kita mahu menjalinkan cinta kedua tu dan siapakah kita yang tak reti-reti puas tu dan siapakah dia pasangan kita yang sedia ada.


Yang betul itu kebetulan. Jika ia baik ransang terus, jika salah itu juga kebetulan. Jika ia tak baik maka hapus terus.


A = anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dlm fikiran anda.

B = anda selalu berwaspada bila bertemu kenalan baru.

C = anda ada kelebihan, jangan malu mempamerkannya.

D = anda ada masalah dalam mempercayai orang lain.

E = anda sentiasa seorang yang exited.

F = semua orang menyayangi.

G = anda ada cara sendiri untuk menilai manusia.

H = anda bukan seorang judgmental, tiada otak keadilan.

I = anda mudah senyum dan boleh buat orang lain tersenyum.

J = anda seorang yang cemburu.

K = anda suka mencuba perkara-perkara baru.

L = anda sangat percaya denga cinta dan mudah tengelam ke dalamnya.

M = kejayaan mudah datang kepada anda.

N = anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.

O = anda seorang yang berfikiran terbuka.

P = anda seorang yang mudah berkawan dan mudah memahami.

Q = anda seorang hipokrit, pentingkan diri.

R = anda seorang yang gemar bersosial.

S = anda sangat broad-minded.

T = anda ada sikap canggih, amat canggih.

U = anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa standing dengan orang lain.

V = fizikal anda baik sekali.

W = anda suka menyendiri.

X = anda tak akan benarkan org bagitahu anda apa yg patut anda buat.

Y = anda selalu penyebab pada banyak masalah.


Z = anda selalu bergaduh dengan seseorang.




Cuba gabungkan makna-makna huruf ni ikut ejaan nama anda.

Misalnya, kalau TUAH jadinya :

T = anda ada sikap canggih, amat canggih.

U = anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa standing dengan orang lain.

A = anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dlm fikiran anda.

H = anda bukan seorang judgmental, tiada otak keadilan.



Disitu kita mungkin kenal diri kita, buatkan juga untuk pasangan kita dan tengok persamaan, jauh dari perbezaan.
Hendak cari perbezaan memang seratus kita akan jumpa dan hendak cari perbezaan, seribu yang akan menjelma.

Tak wajib betul harus salah, setakat suka-suka, sekurang2nya kita ada panduan utk mengenal pasangan kita, atau saingan kita. Semuanya ALLAH punya kuasa, tapi tentu setiap sesuatu itu ada rahsia yg tersembunyi. Kalau sekarang baru tahu bukan bermakna ia tak ada, tapi kita yang belum jumpa.


Akhir kata, selamat bercinta buat kali pertama dan itulah yang pertama dan terakhir.
Cinta untuk cita-cita kerana cinta bukan untuk ditangisi tapi dinikmati.


-H. M. TUAH ISKANDAR

Perpaduan kaum




Pada mulanya aku kurang yakin dengan perpaduan kaum yang benar-benar ikhlas akan wujud dalam negara kita ini. Tapi apabila aku lihat anak didik aku ni betul-betul rapathubungannya, aku mula mengubah persepsi yg ada dalam kepala aku selama ni. Anda bagaimana?

Hari Koperasi Sekolah dan Sesi Bergambar






Latih betul aku minggu ni. Tiap-tiap petang balik lambat. Tapi berbaloi jika semua kerja beres dan hasilnya memuaskan. Pagi ada sesi penggambaran untuk majalah sekolah. Petang ambil gambar untuk Hari Koperasi dan acara pementasan Sivik. Ok juga aku tengok pelajar2 ni buat. Kreatif..

Rahsia Tarikh Hari Lahir

1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24
Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

2. Tarikh Lahir pada 2, 11 & 30
Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah.
Ramai orang suka bergaul denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu- buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.

3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk di mengertikan.

4. Tarikh Lahir pada 4, & 13
Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.

5. Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.

6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27
Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah. Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang dicintainya.Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.

7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31
Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

8. Tarikh Lahir pada 8 & 23
Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman- teman kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta, dia seorang yang tabah dan rela berkorban.

9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21
Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai cita-citanya.Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang mudah tersinggung.Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah dalam menghadapi persoalan.Soal cinta dia sangat setia dan sebab itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu. Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang paling jahat.

10. Tarikh Lahir pada 12 & 19
Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji.Dia berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya dia suka berdandan dan berpakaian rapi.Kerana itu dia sering membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya.Dalam kehidupan sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat kepimpinannya.Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam pergaulan.Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah untuk dipercayai.

11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26
Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh ini.Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap bodoh dalam menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh kawan-kawan.

12. Tarikh Lahir pada 22 & 25
Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman asmara.

PMR dan SPM dah dekat

Sebenarnya aku kerisauan ni...exam percubaan dah selesai..tapi keputusan tak memberangsangkan..Student akuni mcm tak serius jer..Cakap pasal subsidi..aku baru je pergi pejabat pos..Orang punyalah ramai..server JPJ lak lambat gilerr..Tapi akhirnya dapat jugak setelah 1 jam setengah menunggu..

Menarik Untuk direnungi Bersama

CARA PEMAKAIAN TUDUNG TERKINI

Sesekali pembaca diajak untuk 'keluar' daripada kelaziman membicarakan isu-isu dan politik semasa sebagai satu riadah minda malah sebagai panduan untuk meneruskan gaya hidup yang berlandaskan agama mengikut tuntutan Allah dan RasulNya.
Mungkin telah dibincang ataupun sudah menjadi mangli bagi kaum hawa namun sesekali eloklah direnungkan mudah-mudahan sebarang kesilapan dan kelemahan diperbetulkan supaya akhirnya mendapat keredhaan Allah, menjadi wanita solehah dan muslimah sejati.
Perbahasan berkenaan sama ada tudung muslimah itu patut labuh atau berbentuk tiga segi hanyalah skop yang kecil berbanding bagaimana cara penutupan aurat itu seharusnya diimplikasi secara keseluruhannya supaya menepati roh syariat yang sebenar.
Oleh itu wahai kekasihku terdiri daripada kaum ibu, adik-adik, kakak, isteri dan kekasih serta kawan-kawan marilah sama-sama memerhatikan beberapa gelaran jenis tudung yang boleh dilihat dalam realiti masyarakat hari ini yang perlu diperbetulkan oleh kalangan kaum hawa:-
1.Tudung 'Mickey Mouse'
-Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga.Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.
2.Tudung Lilit
-Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.
3.Tudung 'See Through'
-Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.
4.Tudung Jambul
-Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta. (Cara Pemakaian Ini Sering Digunakan Di Kalangan Isteri Menteri)
5.Tudung 'Singlet'
-Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.
6.Tudung Saji
-Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher.
Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.
Inilah serba sedikit pemakaian tudung yang kurang sempurna dan perlu diperbetulkan bagi menepati roh syariat yang sebenar sekaligus menggapai hikmah disebalik penetapan kewajiban menutup aurat. Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda :
"Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakain namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka karena sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk."(At-Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)
Selain itu kata laman web terbabit ada juga muslimah bertudung di kalangan kita yang memakai seluar jeans dan sebagainya sehingga menampakkan susuk tubuh mereka dan alasan kepada pemakaian tersebut tidak lebih hanya sekadar untuk menjalani rutin harian.
"Inilah kejayaan musuh Islam apabila perkara ini ummat Islam menganggapnya sesuatu perkara yang biasa dan remeh dalam masyarakat.Perkara yang dianggap biasa ini menular dalam pemikiran masyarakat sehingga konsep penutupan aurat yang sempurna itu dicabuli dengan mudah," kata laman ibnyusof.blogspot.com
Semoga kaum hawa tidak lupa kepada Firman Allah yang jelas:-"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.Dan hendaklah mereka menutupkan Al-Khimar kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka."

Bulan Jun Yang Penuh Emosi

6.6 ini genaplah 16 tahun usia perkahwinan aku..Tak lupa juga hari lahir anakku Amirul yang ke-13. Aku ingatkan kegembiraan ini akan berpanjangan..tapi....kenaikan harga minyak telah merubah segalanya..Pelik tapi benar..negara pengeluar minyak meletakkan harga yang tinggi bagi seliter petrol...Nampaknya baru nak kira untung kenaikan gaji dah jadi sebaliknya...Rupa-rupanya gaji yang diterima tak seberapa..Tapi beban makin bertambah...Malaysia Negaraku...

Baju Sekolah Pelajar Perempuan Satu Semakan Semula

Aku juga setuju dengan cadangan supaya baju sekolah pelajar perempuan ditukar ke warna lain yang lebih gelap..Sebab berdasarkan pengalaman aku baju ni transparent. Nampak segala apa yg dipakai di dalam. Yg mana pelajar perempuan nakal2 saje pakai yg kontras warnanya. Pelajar lelaki yg tengok geram semacam jer..Yg pakai belang2..la..yg pakai tali halus la..yg pakai half cup pun ade..Bila kena ujan lagi le..kesian aku tengok... Tak boleh ditukar ke warnanya??

Betul ke DG29 ke DG41 dapat 3 kenaikan gaji?

Aku peninglah dengan pelbagai versi . Ada yg kata tak de..tp ade yg cakap macam tu..Tapi kalau betul hanya dikira perkhidmatan je tanpa ada 3 kenaikan gaji, tak de maknala...Sebab aku pun dah 7 tahun berkkhidmat dlm DG41 dan 12 tahun dalam DG29..Apa pendapat kau orang semua?

Berubahnya Negaraku Tercinta





Dah lama aku tak tulis dalam blog aku ni..Aku terperanjat dengan keputusan Dr M keluar dari UMNO. Tetapi di dalam dunia sekarang ini tiada apa yang mustahil. Apa yang beliau buat selama ini telah berbalik kepada dirinya sendiri. Kita tunggu dan lihat sahaja ...

Gambar semasa Perayaan Guru Tempoh Hari..