RACUN UTK TERUS HIDUP

Seorang pemuda berjumpa seorang Tuan Guru yang bijaksana untuk mendapatkan nasihat, "Guru, saya sudah bosan hidup. Sudah jenuh betul. Rumahtangga saya berantakan. Usaha saya tidak berhasil. Apa pun yang saya lakukan selalu gagal. Saya ingin mati."


Tuan Guru tersenyum sambil mengusap-usap jambang putihnyanya, "Oh, kamu sakit."


"Tidak guru, saya tidak sakit. Saya sihat. Hanya jenuh dengan kehidupan. Itu sebabnya saya ingin mati."


Seolah-olah tidak mendengar alasannya, Tuan Guru berkata, "Kamu sakit. Dan penyakitmu itu dikenali sebagai alahan hidup.. Ya, kamu alergik terhadap kehidupan."


Sang guru memang benar. Banyak sekali di antara kita yang alah terhadap kehidupan. Kemudian, tanpa disedari kita melakukan hal-hal yang bertentangan dengan norma kehidupan.


Hidup ini berjalan terus. Sungai kehidupan mengalir terus, tetapi kita menginginkan status-quo. Kita berhenti di suatu tempat, kita tidak mahu ikut mengalir. Itu sebabnya kita jatuh sakit. Kita mengundang penyakit. Keengganan kita, penolakan kita untuk ikut mengalir bersama kehidupan membuat kita sakit. Yang namanya usaha, pasti ada pasang surutnya. Dalam hal berumahtangga, perselisihan-perselisihan kecil itu memang lumrah dan asam garam berkeluarga.


Persahabatan pun tidak selalunya kekal abadi. Jadi, apa yang kekal dan abadi dalam hidup ini? Kita tidak menyedari sifat kehidupan. Kita ingin mempertahankan suatu keadaan. Kemudian kita gagal, kecewa dan menderita.


"Penyakitmu itu boleh disembuhkan, asal engkau ingin sembuh dan bersedia mengikut petunjukku." demikian kata sang guru.


"Tidak Guru, tidak. Saya sudah betul-betul jenuh. Tidak, saya tidak ingin hidup." Pemuda itu menolak tawaran sang guru.


"Jadi engkau tidak ingin sembuh. Kamu betul-betul ingin mati?"


"Ya, memang saya sudah bosan hidup."


"Baiklah, kalau begitu pagi esok engkau akan mati. Ambillah botol ubat ini. Setengah botol diminum malam ini, setengah botol lagi diminum pukul 6 pagi esok. Engkau akan mati dengan tenangnya pada pukul 8 malam."


Pemuda itu pula menjadi bingung. Setiap guru yang ditemuinya selama ini cuba memberikannya semangat untuk hidup. Yang satu ini aneh. Malah guru ini menawarkan racun. Tetapi, disebabkan pemuda itu benar-benar putus asa dengan kehidupannya, dia menerimanya dengan senang hati.


Sebaik sahaja sampai ke rumah, dia segera menghabiskan setengah botol racun yang disebut "ubat" oleh guru itu. Dan, dia mula merasakan ketenangan yang tidak pernah dirasakannya sebelum ini. Begitu relaks, begitu santai! Tinggal sehari semalam lagi sebelum dia mati. Bermakna dia akan bebas dari segala macam masalah tidak lama lagi.

Malam itu, dia memutuskan untuk makan malam di luar bersama keluarganya di sebuah restoran Jepun. Sesuatu yang sudah lama dia tidak lakukan selama beberapa tahun kebelakangan ini. Kerana mengenangkan ia akan menjadi malam terakhirnya, dia ingin meninggalkan kenangan manis untuk anak isterinya. Sambil makan, dia bersenda gurau. Suasananya santai dan seisi keluarga terhibur!


Sebelum tidur, dia mencium bibir isterinya dan membisikkan kata-kata romantis di cupingnya, "Sayang, aku mencintaimu." Kerana malam itu adalah malam terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis!


Esoknya bangun tidur, dia membuka jendela kamar dan melihat ke luar. Tiupan angin pagi menyegarkan tubuhnya. Lantas dia tergoda untuk berjogging sambil menikmati pagi yang indah . Pulang ke rumah setengah jam kemudian, dia melihat isterinya masih lena. Mungkin diuliti mimpi indah, fikirnya.


Tanpa mengejutkannya, dia masuk dapur dan membuat dua cawan kopi. Satu untuk dirinya, satu lagi untuk isterinya. Disebabkan pagi itu adalah pagi terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis!


Si isteri pun berasa aneh sekali, "Sayang, apa yang terjadi hari ini? Selama ini, mungkin saya ada berbuat salah. Maafkan saya, bang."


Di pejabat, pemuda itu menyapa setiap orang, bersalaman dengan setiap orang. Stafnya pun kehairanan.


"Hari ini, Boss kita macam pelik je, kan?"


Dan sikap mereka pun turut berubah. Mereka menjadi lembut hati dan bekerja bersungguh-sungguh dan mengikut segala arahannya. Kerana siang itu adalah siang terakhir, pemuda itu ingin meninggalkan kenangan manis!


Tiba-tiba, segala sesuatu di sekitarnya berubah. Dia menjadi ramah dan lebih bertimbang rasa serta menghargai pendapat-pendapat yang berbeza, tidak seperti sebelumnya.

Tiba-tiba hidup menjadi sungguh indah. Dia mula menghargai dan menikmatinya.

Pulang ke rumah pukul lima petang, isteri tercinta siap menunggunya di pintu depan dengan senyuman yang manis sekali. Kali ini isteri yang terlebih dahulu memberikan ciuman kepadanya, "Abang, sekali lagi saya meminta maaf, kalau selama ini saya selalu menyusahkan abang."


Anak-anak pun tidak ingin ketinggalan, "Ayah, maafkan kami semua. Selama ini, ayah selalu tertekan disebabkan oleh perangai dan kenakalan kami."


Tiba-tiba, sungai kehidupannya mengalir kembali. Tiba-tiba, hidup menjadi sangat indah. Dia terdetik untuk membatalkan niatnya untuk membunuh diri. Tetapi bagaimana dengan setengah botol yang sudah dia minum petang semalam?


Pemuda itu kembali menemui gurunya. Melihat wajah pemuda itu, sang Guru dapat mengetahui apa yang telah terjadi.


"Buang saja botol itu. Isinya air biasa. Kau sudah sembuh, Apabila kau hidup dengan kesedaran bahawa maut dapat menjemputmu bila-bila masa sahaja, maka kau akan menikmati setiap detik kehidupan. Leburkan egomu, keangkuhanmu, kesombonganmu. Jadilah lembut, selembut air. Dan mengalirlah bersama sungai kehidupan. Kau tidak akan jenuh, tidak akan bosan. Kau akan berasa hidup. Itulah rahsia kehidupan. Itulah kunci kebahagiaan. Itulah jalan menuju ketenangan."


Pemuda itu sungguh gembira dan tersedar akan kesilapannya selama ini dalam mengemudi hidup. Dia lantas mengucapkan terima kasih dan menyalami Sang Guru, lalu pulang ke rumah, untuk mengulangi pengalaman malam sebelumnya. Dia masih mengalir terus. Dia tidak pernah lupa hidup dalam kekinian. Itulah sebabnya, dia selalu bahagia, selalu tenang, selalu HIDUP!

Iblis dtg mengganggu ketika sakaratul maut

Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan. Hadith Rasulullah SAW. menerangkan:
Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”

Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.


Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.


Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.


Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya


Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.” Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.


Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?” Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.” Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi.
Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.” Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.” Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.


Rombongan 7
Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut. Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”

Cerita teladan

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh,
Set Sofa) serta teratur dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik dirumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan.
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan dia yang patut di contohi;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah rosak atau menyusahkannya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.


Sumber : nourelhousna

Anak-anak sekarang semakin melampau!

Sana sini kita mendengar kisah anak-anak yang mengabaikan ibu bapa. Sama ada mereka menjaganya dengan separuh hati atau tidak langsung mengambil berat keadaan tetap sama. Bukan setakat mengabaikan tanggungjawab sikap biadab juga makin ketara.

Mana tidak, bercakap dengan ibu bapa menggunakan bahasa yang kasar dan tidak sedap di dengar. Namun kerana sayang dan takut kehilangan anak ibu bapa mengambil sikap berdiam diri.

Begitu mukadimah saya minggu ini, mengupas permasalahan yang dikirim oleh Kak Ani(bukan nama sebenar ) berusia awal 50-an.

Kak Ani ingin berkongsi kisah sedihnya yang menjadi mangsa anak yang hanya pentingkan wang ringgit dan isteri kesayangan tetapi mengabaikan dirinya.

Begini kisah Kak Ani.

"Saya mempunyai dua orang anak seorang lelaki berusia 28 tahun telah berkahwin dan seorang perempuan berumur 22 tahun.

"Kedua-duanya telah bekerja dan mempunyai jawatan tinggi di sebuah bank dan jabatan kerajaan. Alhamdulillah anak perempuan saya menjadi, sederhana orangnya dan amat menyayangi saya.

"Sedihnya abang pula yang buat hal..hidup mewah dan menjadi 'hamba' isteri.

"Anak lelaki saya sangat boros dan mengamalkan gaya hidup mewah dan terlalu mengikut kata isteri. Anak perempuan saya setiap bulan memberi saya sejumlah wang untuk disimpan sedangkan anak lelaki tidak pernah memberi wang belanja. Tapi saya faham dia ada keluarga.

"Separuh wang yang diberikan anak perempuan saya simpan untuk sakit demam atau masa susah. Ingat sebelum kena berjimat sebelum habis itulah amalan saya.

"Malangnya anak lelaki saya selalu meminjam wang daripada saya. Setiap bulan mesti dia akan datang meminjam. Mereka suami isteri bekerja. Anak baru seorang, masakan tidak cukup dengan gaji yang boleh dikatakan lumayan.

"Semasa susah saya menjadi tempat menyelesai masalah tapi apabila senang saya dilupakan. Datang menjenguk pun jarang walaupun jarak rumah tidak sampai 20 kilometer.

"Satu hari dia datang ke rumah untuk meminjam. Saya memberi pelbagai alasan tidak mahu bagi tetapi gagal apabila dia merayu-rayu di hadapan saya.

"Ya la hati seorang ibu, mana boleh tahan jika melihat anak bersedih kerana ada masalah kewangan. Mahu tidak mahu saya bagi juga. Anak perempuan saya marah-marah sebab saya selalu mengalah dengan pujuk rayu abangnya.

"Katanya saya tidak boleh berterusan begitu sebab lama-kelamaan abangnya tidak akan berubah, asyik datang meminjam sahaja. Saya faham niat dia baik tetapi dia tidak faham hati seorang ibu sebab dia belum berkahwin.

"Saya tidak ada pilihan lalu memberi anak lelaki saya pinjam wang tetapi dengan syarat dia mesti pulangkan dalam masa sebulan. Dia setuju. Sayangnya sudah enam bulan berlalu, belum nampak tanda dia akan membayarnya semula.

"Satu hari saya memanggilnya ke rumah. Apabila dia datang saya beritahu dia yang saya hendak guna duit yang dia pinjam untuk membayar cukai pintu dan cukai tanah.

"Dia marah-marah dan menengking saya. Katanya, kalau ibu tidak ada duit, ibu gadai sahaja barang-barang kemas yang banyak itu. Simpan pun bukan boleh di bawa mati.

"Bayangkan anak sulung yang saya tatang dan tolong setiap kali menghadapi masalah kewangan berkata demikian kepada saya. Sedih hati saya hanya Tuhan yang tahu, tetapi walaupun pahit kena telan juga.

"Dia mengungkit-ngungkit duit yang dia pernah bagi saya sebelum ini. Sedangkan saya sebagai ibu langsung tidak pernah mengungkit tentang penat dan letih menjaga dan membesar dia sehingga berjaya dan menjadi manusia.

"Itulah anak-anak sekarang. Saya amat sedih dengan perbuatannya itu. Sudahlah dia tidak mengambil berat dan menjaga saya dan asyik dengan isterinya yang cantik itu saja, kita pula disalahkan kerana tidak menolongnya.

"Nak tolong macam mana lagi? Semuanya saya sudah lakukan untuk dia. Sehinggakan anak perempuan saya merajuk dan menangis melihat abangnya berkelakuan begitu kepada saya.

"Apa hendak saya lakukan lagi? Saya tahu hidupnya jadi begitu kerana terlalu mengikut kehendak isterinya yang mata duitan dan mahu hidup mewah.

"Saya amat sedih dengan tingkah lakunya terhadap saya. Tapi saya tetap berdoa semoga satu hari nanti dia akan sedar dan kembali ke pangkal jalan. Biarlah apa pun yang dia hendak buat saya reda. Saya tahu ramai ibu bapa di luar sana yang menghadapi masalah seperti saya tetapi terpaksa kunci mulut kerana sayangkan anak.

"Duit ringgit boleh dicari tetapi anak..... Sesiapa pun yang mengalami keadaan seperti saya akan berkata demikian. Lainlah jika seorang ibu itu sudah tidak ada kasih dan sayang lagi kepada zuriat yang dikandugnya selama sembilan bulan sembilan hari itu.

"Buruk baik dia tetap anak, saya tidak akan berhenti berdoa dengan harapan satu hari nanti dia akan kembali menjadi anak yang baik dan soleh. Insya-Allah," Kak Ani menutup ceritanya.

Cerita Kak Ani menjadikan saya terkedu seketika. Mungkin ini hari kak Ani, hari kita belum tentu macam mana. Apa pun saya harap Kak Ani dapat terus bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini. Tidak ada seorang ibu juga yang mahu melihat anaknya menjadi anak yang tidak menghargai ibu bapa.

Namun kita perlu menerima hakikat, dalam setandan pisang tidak semua elok dan boleh dimakan, ada juga yang tidak elok. Itu semua kerja Allah.

Saya percaya doa seorang ibu sangat mujarab. Terus berdoa dan jangan putus asa. Buat anak-anak yang dilahirkan untuk melihat nikmat didunia ini, insaflah, hargailah ibu bapa dan laksanakan tanggungjawab anda kepada mereka selagi anda bernafas.

Dalam keghairahan mengejar kerjaya dan kemewahan jangan bahawa sesungguhnya terdapat seorang insan yang tidak dapat menandingi apa juga di alam maya ini, iaitu ibu bapa anda. Sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu!

Perkara Sensitif

Bentuk tubuh seperti gemuk, kulit gelap, pendek atau kecacatan anggota badan:
Elakkan bergurau menggunakan faktor bentuk tubuh. Bergurau dengan membabitkan faktor tersebut adalah sebagai penghinaan apatah bagi mereka yang berjiwa sensitif..pilihlah perkara lain untuk bergurau.

Tahap pendidikan seperti tidak lulus peperiksaan kerana lemah dalam pelajaran:
Jangan sekali menjadikan isu kegagalan dalam pendidikan sebagai topik dalam gurauan. Hal ini sangat sensitif dan boleh menjatuhkan air muka seseorang. Apatah lagi jika bergurau dihadapan ahli keluarga yang lain seperti adik beradik atau ibu bapa. Lebih memburukkan keadaan jika pendidikan isteri lebih tinggi berbanding suami sebagai topik untuk bergurau, lebih teruk keadaannya.

Hal-hal disiplin seperti buang kerja:
Jika suami pernah dibuang kerja akibat tahap disiplin yg teruk, maka janganlah diungkit lagi keadaan itu. Lupakanlah hal2 lepas dan bina hidup baru. Walaupun dlm keadaan gembira, jangan ungkit lagi isu itu sekali pun untuk bergurau. Anda merosakkan mood untuk bergurau dan mungkin akan timbul suasana tegang dan kemarahan.

Kisah rumah tangga seperti perceraian atau poligami:
Gurauan bertujuan menimbulkan keceriaan melalui isu2 lucu yang mendatangkan gelak tawa. Jika suami atau isteri pernah bercerai sebelum berkahwin dengan anda, usahlah anda ungkit atau jadikan hal itu sebagai satu topik bergurau. Perceraian atau poligami bukanlah isu lucu yang boleh dijadikan bahan ketawa.

Hal dalam kelambu antara anda dan pasangan:
Satu lagi isu sensitif yang tidak boleh dijadikan bahan gurau untuk bergelak ketawa ialah hal dalam kelambu anda dan pasangan. Biarlah anda berdua sahaja yang tahu bagaimana hebat atau lemahnya pasangan anda ketika berasmara. Perkara ini boleh dibawa berbincang tetapi bukan untuk dijadikan bahan bergurau. Tidak salah membincangkan hal dlm kelambu bersama pasangan anda tetapi usahlah sampai dibawa bergurau bersama rakan-rakan..

KESAN SAMPINGAN UBAT-UBATAN YANG MENGANDUNGI DADAH DAN BAHAN KIMIA

Memang tidak boleh dinafikan bahawa ubat - ubatan untuk merawat berbagai - bagai jenis penyakit yang dihidapi oleh manusia telah mengubah corak penyakit - penyakit yang membawa maut kepada manusia. Dengan adanya berbagai - bagai jenis antibiotik penyakit - penyakit yang sering membawa maut kepada manusia pada suatu masa dahulu seperti penyakit batuk kering , demam kepialu ( typhoid ) , lembab paru - paru ( pneumonia ) telah dapat dikawal. Hari demi hari jenis ubat - ubatan yang baru yang lebih berkesan untuk membunuh kuman - kuman bakteria , kuman parasit dan sebagainya telah berjaya dikeluarkan untuk kegunaan para doktor.. Sekarang jenis ubat - ubatan hampir tidak boleh dikira banyaknya.



Pesakit - pesakit yang berjumpa doktor mengharapkan doktor akan memberi mereka ubat - ubatan untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapi. Tetapi ramai diantara mereka tidak memahami atau sedar bahawa ubat - ubatan boleh memberi kesan sampingan yang tidak diingini. Terdapat ubat - ubatan yang jarang - jarang sekali memberi kesan sampingan yang tidak diingini tetapi ada juga ubat - ubatan yang sering membawa kesan ini dan tiada biasa digunakan oleh para doktor kecuali jika difikirkan amat perlu untuk menyelamatkan nyawa pesakit itu.



Seorang doktor yang merawat pesakitnya sudah tentulah terpaksa menimbangkan apa yang dipanggil risk benefit ratio untuk mengunakan sesuatu jenis ubat - ubatan itu. Dia terpaksalah mencari ubat - ubatan yang paling rendah risiko kesan sampingan yang tidak diingini dan sebaliknya memberikan manfaat yang lebih kepada pesakit itu.



Kesan sampingan sesuatu ubat - ubatan yang digunakan itu mungkin sukar dikenali kerana ia boleh menyerupai berbagai - bagai jenis penyakit seperti penyakit yang disebabkan oleh kuman virus , penyakit alahan dan sebagainya.



Hampir semua ubat - ubatan mempunyai potensi memberi kesan sampingan kepada seseorang pesakit.. Kadangkala kesan sampingan itu tidak disedari kerana tanda - tandanya hampir sama seperti penyakit - penyakit seperti jangkitan - jangkitan , penyakit alahan , penyakit metabolik dan sebagainya. Ada ubat - ubatan yang membawa kepada penyakit kulit , penyakit mata , penyakit hati (liver) , buah pinggang , penyakit sistem digestif dan membawa kesan urat - saraf. Kesan sampingan ini boleh disebabkan oleh terlalu banyak makan ubat , kurang ketahanan kepadanya (intolerance) , Idiosinkrasi atau alahan.



Penting juga ditekankan bahawa seseorang wanita yang sedang mengandung bukan hanya terdedah kepada kesan - kesan sampingan sesuatu ubat yang dimakannya tetapi janin yang dikandunginya juga mungkin terdedah terutamanya jika ubat itu dimakan pada trimester yang pertama di mana proses pembentukan organ - organ sedang pesat barjalan. Oleh itu wanita yang mengandung mestilah berhati - hati supaya mendapatkan nasihat doktor supaya ubat yang boleh menjejaskan pertumbuhan janin boleh diketepikan.

ubatan1.jpeg

http://naturalmedic.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gif

Panadol , Antihistamine & Antibiotik

Umpamanya seorang pesakit yang dapat penyakit demam selesema dirawat dengan ubat seperti panadol , antihistamine seperti phenergen atau kadangkala dengan sejenis antibiotik. Selepas satu hari memakan ubat - ubatan itu timbul lah merah - merahan di kulit badan pesakit. Sama ada disebabkan oleh penyakit yang dirawat atau disebabkan oleh satu daripada ubat - ubatan yang digunakan akan menjadi tanda tanya yang mungkin sukar dijawab.



Kadangkala ibu memikirkan yang anaknya telah menghidap penyakit campak walhal bintik merah - merah di tubuh badan anaknya itu kebetulan adalah disebabkan oleh ubat - ubatan yang digunakan. Satu jenis antibiotik yang biasa digunakan bagi rawatan orang dewasa yang menghidap jangkitan bakteria ialah ' tetracycline '. Ubat ini tidak sesuai digunakan oleh kanak - kanak kerana boleh membawa kepada kekuningan gigi yang tidak boleh hilang. Sewajarnyalah ubat ini tidak boleh digunakan untuk kanak - kanak.

Aspirin

Aspirin merupakan ubat yang sungguh berkesan untuk menurunkan demam seseorang pesakit. Tetapi ia boleh menyebabkan sakit perut akibat gastritis sehingga boleh membawa kepada pendarahan di dalam perut. Jika ini berlaku najis pesakit itu kelihatan hitam akibat darah yang telah bercampur dengan asid di dalam perut dan pesakit boleh memuntahkan kandungan perutnya yang kelihatan seperti kopi. Ada terdapat juga orang yang alah kepada aspirin.



Setiap kali dia memakan ubat itu akan timbul kegatalan pada kulitnya. Kanak - kanak yang lelah boleh timbul lelahnya apabila dia diberi aspirin ; para doktor tidak gemar memberi aspirin untuk merawat kanak - kanak kecil yang demam kerana ada pendapat yang mengatakan bahawa pengunaan aspirin ada kaitan dengan kejadian Sindrom Reye's yang melibatkan hati (liver) dan urat saraf kanak - kanak ini dan membawa kepada kegagalan sistem hati (liver failure) serta gangguan fungsi urat saraf. Aspirin juga digunakan untuk merawat penyakit seperti Rheumatoid Arthritis. Jika ubat ini dimakan dengan terlalu lebih boleh membawa kepada keadaan bingit di telinga (tinnitus) , perasaan huyang - hayang (vertigo) dan muntah - muntah.

Ventolin

Seseorang kanak - kanak yang menghidap lelah banyak mendapati yang keadaannya boleh dikurangkan dengan memakan ventolin. Tetapi adakalanya ubat ini boleh menyebabkan kanak - kanak itu ketar tangannya dan ini mungkin mengeluh jantungnya berdebar - debar.

Neulin

Ubat - ubat yang mengandungi aminophylin seperti Neulin boleh menyebabkan berbagai -bagai gejala seperti ketar , perasaan huyung - hayang , sakit kepala dan sakit perut. seorang pesakit yang biasa saya rawat telah menelefon saya mengatakan yang anaknya tidak lagi lelah selepas memakan ubat ini tetapi mengeluh sakit perut. Apabila dia menghentikan memakan ubat Neulin sakit perutnya lega.



Bahan Besi ( Iron Tablets )

Ubat yang mengandungi bahan besi (iron tablets ) boleh menyebabkan sakit perut , membuatkan najis bewarna hitam. Ferrous sulphate biasa menyebabkan keadaan ini dan didapati Ferrous Fumarate lebih sesuai bagi kita kebanyakan mereka yang memerlukan bahan besi sebagai bahan rawatan anaemia.



Anti-Convulsant

Ada terdapat kanak - kanak yang menghidap penyakit sawan dengan kerapnya semasa diberi ubat disebut anti-convulsant. Terdapat pula berbagai - bagai jenis anti - convulsant seperti phenobarbitone , epilim ( sodium valproate ) , tegretol ( carbamazepine ) , mogadon ( nitrazepan ) dan sebagainya. Semua ubat - ubatan ini boleh memberi kesan sampingan dan pesakit - pesakit perlulah diawasi oleh doktor - doktor semasa mereka menerima rawatan ini .



Kalau timbul kesan - kesan sampingan perlulah dilaporkan supaya dapat dinilai sama ada gejala - gejala itu disebabkan oleh ubat - ubatan yang berkenaan ; jika difikirkan ada perkaitan di antara gejala - gejala itu dengan ubat - ubatan yang telah diberi ubat - ubatan yang lain yang lebih sesuai boleh disarankan.



Phenobarbitone

Umpamanya seseorang kanak - kanak yang diberi ubat phenobarbitone kerana sawan boleh didapati selalu mengantuk dan mungkin menjejaskan pembelajarannya di sekolah ;sebaliknya ada pula kanak - kanak yang didapati sangat resah dan tidak boleh diam (hyperactive ). Jika ini berlaku doktor akan menilaikan sama ada perasaan mengantuk itu disebabkan oleh terlalu banyak phenobarbitone yang dimakan supaya dapat dikurangkan.



Jika kanak - kanak itu didapati sangat resah disebabkan phenobarbitone ubat - ubatan yang lebih sesuai akan digunakan. Ubat ini didapati sesuai bagi kanak - kanak yang sawan yang memerlukan ubat seperti epilim ( Sodium Valproate ) tetapi ada laporan berlakunya gangguan kepada sistem hati atau liver hingga membawa maut kepada beberapa orang kanak - kanak yang mengunakan ubat ini. Tetapi ubat seperti epilim ini adalah sangat berkesan dan kesan - kesan sampingan seperti ini jarang - jarang sekali berlaku tetapi adalah penting bagi seseorang doktor yang mengunakan ubat ini selalu mengawasi yang si pesakit tidak menunjukkan tanda - tanda gangguan sistem hati. Biasanya keadaan ini berlaku ke atas sekumpulan kecil kanak - kanak sahaja. Adalah difikirkan keadaan ini berkaitan dengan konstitusi kanak - kanak itu sendiri dan tidak ada kena mengena dengan terlampau banyak ubat digunakan.



Steroid

Ubat steroid memang selalu dikenali sebagai ubat yang mempunyai potensi memberi kesan sampingan yang merbahaya terutamanya jika digunakan dengan berlebihan. Steroid adalah ubat yang sangat berguna dalam merawat berbagai - bagai penyakit tetapi jika terlalu banyak digunakan boleh menyebabkan seseorang kanak - kanak itu menjadi bulat (moon face) , mengubah corak bahu (buffalo hump) dan jika digunakan dengan lama ubat ini akan menjejaskan tumbesarannya.



Ada banyak lagi kesan - kesan sampingan seperti penggunanya lebih mudah diserang penyakit dan glukos boleh dikesan pada kencingnya seperti orang yang menghidap penyakit kencing manis. kadangkala selepas ubat ini diberhentikan kanak - kanak itu mendapat sakit kepala sehingga merunsingkan para doktor kerana mereka tidak pasti sakit kepala itu disebabkan oleh tumbuhan otak. Keadaan ini telah dikenali sebagai ' Benign intracranial hypertension ' dan akan reda dengan sendirnya tampa apa - apa rawatan.



Vitamin D

Vitamin memang selalu diberikan kepada kanak - kanak dan biasanya bancuhan yang disediakan itu mengandungi bahan - bahan vitamin yang tidak membawa kesan sampingan kepada kanak - kanak. Tetapi jika vitamin seperti vitamin D digunakan dengan berlebihan kanak - kanak itu boleh merasa kehausan , kencing dengan banyaknya akibat ketinggian tahap kalsium di dalam darah. Jika keadaan ini berterusan dengan lamanya ia boleh membawa batu karang dalam buah pinggang ( nephrocalcinosis ).



Vitamin A

Vitamin A jika dimakan dengan terlalu banyak boleh membawa kepada sakit perut , kulit yang kering , sakit tulang - tulang, sakit kepala dan sakit otot - otot.



Penicillin

Penicillin adalah sejenis antibiotik yang sangat mujarab dan telah banyak menyelamatkan nyawa manusia dari penyakit - penyakit berjangkit . Tetapi jarang - jarang kali terdapat individu yang alah (allergic) kepada suntikkan penicillin hingga membawa maut. Doktor lazimnya akan menyoal pesakit sama ada dia pernah mengalami alahan atau penyakit - penyakit alahan seperti lelah. Satu suntikan ujian (test dose) akan diberi sebelum pesakit disuntik dengan dos penicillin sepenuhnya.

http://naturalmedic.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gif

http://naturalmedic.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gif

http://naturalmedic.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gif

ZR Homeopathy

Mimpi

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah RA. Berkata, Nabi Muhammad SAW. bersabda : " Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan… "

1 ) Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBU BAPANYA.

2 ) Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyesakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3 ) Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah S.W.T

4 ) Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5 ) Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangani satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T. memberi minum hingga ia merasa puas.

6 ) Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para Nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan. Setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk di sebelahku.

7 ) Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan bingung. Maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T. lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8 ) Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya. Maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9 ) Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T. lalu menabir muka dan kepadanya dari bahaya api tersebut.