Sahabatku Azli




Inilah foto sahabatku Azli yang dah 16 tahun tak berjumpa. Impian aku nak berjumpa dengannya akhirnya tercapai bulan dis08 yang lalu.

Video Lagu Sentimental

Februari datang lagi

Bulan Februari datang lagi.Mereka yang dilamun cinta tak sabar menunggu detik 14 hb. Kononnya untuk menunjukkan betapa mereka saling menyintai. Bagi aku ini semua kerja mengarut dan tak sepatutnya diamalkan oleh orang yang beragama Islam.Buang masa, duit dan menjejaskan akidah je. Bulan ni juga amat sibuk bagi diri aku.Orang-orang dari JPN datang memantau ke sekolah, manakala kegiatan sukan telah bermula.Tapi yang sedihnya pihak pentadbiran macam buat tak reti je. Tak meriah langsung MSSNM kali ini.

Tiada rezeki nampaknya..

Bulan Januari 2009..penuh dengan pelbagai peristiwa. Isteriku keguguran.Nampaknya hajat Aleef dan anak-anakku yang lain untuk mendapat adik baru tidak kesampaian.Aku juga tak hadir ke sekolah pada hari pertama persekolahan kerana menghantar isteriku ke hospital.Layanan pihak hospital besar amat mengecewakan. Hampir setengah jam isteriku dibiarkan tanpa dirawat oleh doktor dengan alasan semua doktor di bahagian kecemasan sedang bermesyuarat. Sayu aku tengok isteriku yang menahan kesakitan dan dan darah banyak mengalir dari celah-celah kerusi roda yang didudukinya. Setelah aku bising-bising dengan kakitangan di situ barulah seorang doktor datang melihat keadaan isteriku. Agaknya kalau ada yang sakit jantung, tentu dah mati di situ juga. Di sekolah pula pengetua langsung tak menunjukkan simpati. Aku nak ambil isteri di hospital pun tak dibenarkan dengan alasan ada mesyuarat.

Raja Sehari




Tanggal 21hb yang lalu, Pak Mat telah melangsungkan perkahwinannya dengan gadis pilihannya, Khamalia. Moga jodohnya berkekalan hingga ke akhir hayat.

Keputusan PMR 2008

Hari ini hari yang begitu menggembirakan buat aku. Apa taknya..Fatin dapat 8A..begitu juga dengan pelajar-pelajar 3 Cempaka dan 3 Dahlia yang cemerlang dalam Bahasa Melayu. Terlonjak-lonjak, menjerit-jerit dan menangis pun ada. 20 orang dapat 8A.Fatin sengih memanjang sampai ke telinga..uhuhuhuh..Gambar menyusul kemudian..

Gambar Kenduri Nasi Ambeng