Sabtu lepas aku benar2 gembira. Sahabat lama semasa di MPKI dah dapat aku hubungi. Anda tahu caranya? Aku pun tak terfikir selama ini..Aku hanya telefon 103 dan minta tolong operator carikan nombor sahabat aku ni dengan memberikan nama penuhnya. Nasib aku baik. Dari beribu2 orang di Perak tu, hanya seorang sahaja yang ada nama Azli bin Mohd Nasir. Kau orang patut cuba cara ni kalau nak cari kawan atau saudara yang terpisah. Apa tunggu lagi?
Tanda-Tanda PC anda dijangkiti Virus
Berikut adalah antara simptom komputer yang dijangkiti virus :
1. Komputer Menjadi Perlahan.
Pada kebiasannya, komputer yang dijangkiti virus akan menjadi perlahan kerana virus sedang
berjalan seiring dengan sistem pengoperasian dan ia berada di dalam ingatan komputer.
Disamping itu, komputer anda juga menjadi perlahan kerana virus sedang melakukan tugas kotornya
seperti mengganggu komputer anda dari berfungsi seperti sepatutnya.
2. Registry Editor Tidak Boleh Dibuka.
Registry editor digunakan untuk mengubah penetapan di dalam komputer anda.
Dengan menggunakan registry, anda boleh menghalang sesiapa untuk memasuki rangkaian komputer anda,
mengubah polisi dan sebagainya. Task Manager Tidak Boleh Dibuka. Task manager biasanya digunakan untuk
melihat perisian atau tugasan yang sedang dijalankan oleh komputer. Virus akan mematikan fungsi task manager
supaya anda tidak boleh melihat proses yang sedang virus lakukan.
3. Folder Option Hilang.
Folder option digunakan untuk melihat atau menetapkan sifat sesuatu fail.
Virus boleh menghilangkan diri mereka dan tidak membenarkan anda untuk
melihat mereka dengan cara menghilangkan fungsi folder option.
4. Proses Start Up Menjadi Perlahan.
Proses start up adalah proses yang dijalankan setiap kali komputer anda dihidupkan.
Semakin banyak proses yang perlu dijalankan, semakin perlahan komputer anda.
Kebiasaanya komputer mengambil kesempatan dengan menjalankan kod virus pada setiap kami proses start up.
5. Sesetengah Perisian Komputer Tidak Boleh Dipasang.
Terdapat sesetengah virus yang akan menghalang anda daripada memasang perisian baru.
Contohnya virus yang menghalang anda dari memasang perisian antivirus.
6.Tidak Boleh Mencetak Dokumen.
Terdapat virus yang mengawal fungsi pencetak dengan mematikan fungsi cetak.
Ini menyebabkan anda gagal untuk mencetak sebarang dokumen.
7. Internet Explorer Dipenuhi Laman Web Lucah.
Pelayar internet explorer anda tidak dapat dikawal seperti pop up yang banyak dan laman web yang tidak dikehendaki.
8. Kawan Anda Mengadu Anda Sering Menghantar Virus.
Program email anda telah dijangkiti dan virus menggunakan address book anda untuk menghantar salinan
fail yang mengandungi virus kepada semua rakan-rakan anda.
Sehari di Taman Rama-rama Melaka
Mengapa Perlu Ada Kebencian??
Lina, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari...
Oleh itu, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci. Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing.
Seminggu berlalu,pagi- pagilagi murid-murid Lina sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
"Menyayangi lebih baik daripada membenci.."
Maktab Kinta 87/89
Untuk kawan-kawan yang masih mengenali diri ini, aku ingin ucapkan aku rindu kalian semua. Terutama kepada Kak Pah(Sharifah Masron) Azli Mohd Nasir, Pak Ya(Zakaria Ahmad) dan lain-lain. Camne agaknya kalian?? Tentu sudah mempunyai anak yang ramai..Kalau masih ingat kepada aku (Tok Ali) jangan lupa send email k.




